Skuad U-22 Myanmar ke Korea Selatan untuk Latihan - Catatan Sukan
Headlines News :
Home » » Skuad U-22 Myanmar ke Korea Selatan untuk Latihan

Skuad U-22 Myanmar ke Korea Selatan untuk Latihan

Written By Catatan Sukan on 20 May 2012 | 12:35 PM

YANGON - Skuad bola sepak Myanmar bawah 22 tahun akan ke Korea Selatan lewat bulan ini untuk latihan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun yang akan berlangsung pada Jun tahun ini.

Park Seong-hwa

Untuk aksi kelayakan, Myanmar yang baru-baru ini menandatangani Park Seong Hwa sebagai ketua jurulatih baru, berada dalam Kumpulan G di mana mereka akan menentang Korea Selatan, Malaysia, Vietnam, China Taipei dan Filipina.

Manakala di Korea Selatan, skuad 26 anggota telah diatur untuk bermain lima perlawanan persahabatan menentang kelab bola sepak.

Stefan Hansson

Sementara itu, Stefan Hansson telah dilantik semula sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) berikutan mesyuarat tertutup dengan Presiden MFF, U Zaw Zaw.

Hansson, yang telah membawa Myanmar meraih gangsa pada Sukan SEA 2011 di Jakarta tahun lalu, sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal MFF kerana berlaku salah faham.

0 comments:

... !

Translate

 

Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Catatan Sukan - All Rights Reserved